Setiap orang memiliki tingkah laku yang berbeda – beda. Pada umumnya tingkah laku seseorang berdasarkan pada lingkungan keluarga dan sekitarnya. Jika mereka berada pada lingkungan yang tingkah lakunya baik dan saling menghargai maka akan terbentuk orang – orang yang berprilaku baik pula, sedanngkan yang berada pada lingkungan yang tingkah lakunya kurang baik, maka akan terbentuk orang –orang yang berprilaku kurang baik pula.
Tingkah laku adalah perlakuan atau percakapan seseorang individu. Ia juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara sadar ataupun tidak sadar atau secara sadar.
Tingkah laku Bermasalah
Tingkah laku Bermasalah terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif merangkumi tingkah laku ingin tahu, tingkah laku cepat belajar, tingkah laku pintar cerdas, dan tingkah laku proaktif.
Tingkah laku bermasalah negatif pula merangkumi tingkah laku yang menghalang (bergantung). Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Ia merujuk kepada rasa kebimbangan iaitu sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan diri, selain itu, rasa pergantungan berlebihan iaitu terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari.
Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang
Referensi : http://notaipg.blogspot.com/2010/10/tingkah-laku.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar